Jawatankuasa Penganjur (Symposium di Moscow)

PENGARAH I
Presiden PPIM RSC Moscow 2010-2012

PENGARAH II
Mohd Afiq b. Mohd Nor
89263759974

TIMB. PENGARAH
Mohd Hazrul Hazwan b. Badrul Hisham
89268020004

SETIAUSAHA
Amnah Mohd Yousop

BENDAHARI
Jalwati Amirah Johari

J/KUASA PENGURUSAN TEMPAT
Ahmad Syahir Abu Sahmah
Muhammad Qusyairi Fadzillah

J/KUASA PENGURUSAN MAKANAN
Nurulfida Nusaiba Mohd Shukor
Wan Nazihah Wan Mohamed

J/KUASA MEDIA & PUBLISITI
Raimi Adam Chen

J/KUASA PROTOKOL,VIP & CENDERAMATA
Nor Hidayah Jaris
Shazwani Adnan
Atiqah Asbi

J/KUASA PENDAFTARAN & PENGINAPAN
Mohamad Zulfikrie Abas (Moscow)
Jamil Aizuddin & Izzati Azmin (Kursk)
Mohammad Syazwan & Aisyah Khaulah Muslim (Nizhny)

J/KUASA BAHAN & KANDUNGAN PROGRAM
Layla Tumaisuri
Wan Mohd Nabil Daud
Nabilah Azman

J/KUASA TUGAS-TUGAS KHAS & HAL EHWAL JEMPUTAN
Luqman Azhar
Syafiq Khalil

Objektif

  • Mendedahkan kepada para pelajar dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan persediaan pelajar dalam menjadi seorang Doktor dan pengamal perubatan Islam.
  • Memberi kefahaman tentang hukum-hukum dan fatwa yang berkaitan dengan perubatan.
  • Mengalakkan untuk membentuk cara berfikir dengan kaca mata dan pandangan Islam.
  • Memberi pendedahan kepada para pelajar bahawa Islam adalah satu sistem kehidupan, ideologi dan cara hidup yang mencakupi seluruh aspek kehidupan.

Pengenalan

Saban tahun semakin ramai generasi pelajar Muslim balik berkhidmat di tanah air selepas enam tahun bertungkus-lumus mendapatkan segulung ijazah perubatan ketika berada di Russia. Kehidupan di sini yang penuh berliku dan mencabar disamping kesibukan masing-masing dengan pelajaran menyaksikan ia menjadi tekanan dan dugaan yang hebat yang bukan sahaja telah menguji kesabaran, malah juga keimanan kepada Allah swt.

Kekeliruan niat dan matlamat yang tidak jelas daripada awal untuk menjadi doktor juga dipercayai antara penyebab kesudahan yang tidak baik dalam jangka masa yang panjang dan memberi kesan negatif kepada bakal-bakal doktor ini.

Oleh itu, dalam usaha untuk memberi kesedaran, peringatan dan juga meniupkan lagi semangat kepada para pelajar Muslim ini dalam menyediakan diri untuk memahami tugas-tugas serta peranan yang masing-masing mesti digalas untuk menjadi Doktor Muslim yang berjaya, maka dengan itu Persatuan Perubatan Islam Malaysia Russian Students’ Chapter (IMAM-RSC), merancang untuk mengadakan satu symposium yang dinamakan SYMPOSIUM PPIM RSC RUSSIA 2010 pada 1 dan 2 Januari 2010 hadapan dan bertempat di Dewan Besar, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.

Bertemakan “Towards Professional Mukmins”, symposium yang akan dijalankan dalam bentuk seminar dan praktikal ini akan membentangkan dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan persediaan pelajar dalam menjadi seorang Doktor dan pengamal perubatan Islam.

Program-program yang diadakan dalam symposium ini akan diketuai dan disampaikan oleh professor dan doktor yang terkenal lagi berpengalaman yang dijemput khas dari Malaysia.

Adalah diharapkan para pelajar Muslim dalam bidang perubatan akan mendapat pengajaran, pengalaman serta panduan dalam persediaan mereka ke alam pekerjaan dan bersedia untuk bekerja secara professional mengikut garis panduan ajaran Islam untuk diaplikasikan pada masa hadapan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India