Pengenalan

Saban tahun semakin ramai generasi pelajar Muslim balik berkhidmat di tanah air selepas enam tahun bertungkus-lumus mendapatkan segulung ijazah perubatan ketika berada di Russia. Kehidupan di sini yang penuh berliku dan mencabar disamping kesibukan masing-masing dengan pelajaran menyaksikan ia menjadi tekanan dan dugaan yang hebat yang bukan sahaja telah menguji kesabaran, malah juga keimanan kepada Allah swt.

Kekeliruan niat dan matlamat yang tidak jelas daripada awal untuk menjadi doktor juga dipercayai antara penyebab kesudahan yang tidak baik dalam jangka masa yang panjang dan memberi kesan negatif kepada bakal-bakal doktor ini.

Oleh itu, dalam usaha untuk memberi kesedaran, peringatan dan juga meniupkan lagi semangat kepada para pelajar Muslim ini dalam menyediakan diri untuk memahami tugas-tugas serta peranan yang masing-masing mesti digalas untuk menjadi Doktor Muslim yang berjaya, maka dengan itu Persatuan Perubatan Islam Malaysia Russian Students’ Chapter (IMAM-RSC), merancang untuk mengadakan satu symposium yang dinamakan SYMPOSIUM PPIM RSC RUSSIA 2010 pada 1 dan 2 Januari 2010 hadapan dan bertempat di Dewan Besar, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.

Bertemakan “Towards Professional Mukmins”, symposium yang akan dijalankan dalam bentuk seminar dan praktikal ini akan membentangkan dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan persediaan pelajar dalam menjadi seorang Doktor dan pengamal perubatan Islam.

Program-program yang diadakan dalam symposium ini akan diketuai dan disampaikan oleh professor dan doktor yang terkenal lagi berpengalaman yang dijemput khas dari Malaysia.

Adalah diharapkan para pelajar Muslim dalam bidang perubatan akan mendapat pengajaran, pengalaman serta panduan dalam persediaan mereka ke alam pekerjaan dan bersedia untuk bekerja secara professional mengikut garis panduan ajaran Islam untuk diaplikasikan pada masa hadapan

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India