Hukum Solat Jumaat Bagi Muslimat

Nota Ringkas dari Artikel panjang-panjang ini :
Wanita tidak wajib menunaikan solat Jumaat berdasarkan hadis-hadis yang sahih. Namun begitu solat yang ditunaikannya sah. Oleh kerana sah, maka tidak perlu dia menunaikan pula solat Zohor.

Ini kerana memang sifat "lelaki" menjadi syarat WAJIB solat Jumaat, namun bukan disyaratkan pada syarat SAH solat Jumaat. Kalau kita dapat bezakan dua jenis syarat ni, insyaAllah tak ada masalah.

Wallahu A'lam


HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI MUSLIMAT


Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]”

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]”

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

Keadaan ini[dimaksudkan no 5] disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].

HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.

Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.

HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.

Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.

PERKARA HARUS BUKAN TUNTUTAN

Setelah dilihat, serendah-rendah hukum yang boleh diberikan kepada kehadiran perempuan dalam solat jumaat adalah harus, maka dalam perbincangan ini perlu di perjelaskan, adakah harus ini adalah perkara tuntutan atau tidak?

Berdasarkan kepada definisinya, Harus adalah salah satu dari jenis-jenis hukum taklifi[8]. Harus memberi maksud “khitab yang menunjukkan kepada pemberian pilihan terhadap mukallaf antara melakukan perbuatan atau meninggalkan perbuatan” atau “perkara yang tidak dikaitkan dengan perbuatannya itu mendapat pujian dan celaan[9]”.

Ulama fiqh dan ulama usul Fiqh sepakat menyatakan, harus adalah amalan yang tidak berbentuk suruhan (samada suruhan buat atau suruhan tinggal). Pendapat ini menyalahi Kha’bi dan pengikut-pengikut pendapat mu’tazilah[10].

Dari ini, difahami bahawa, perkara harus bukanlah satu tuntutan. Maka dengan itu, secara taklifinya, tuntutan hak muslimat untuk menunaikan solat jumaat adalah satu yang tidak tepat.

HARUS BOLEH BERTUKAR KEPADA TUNTUTAN

Pun begitu, tidak dinafikan, sesuatu perkara yang hukumnya taklifinya adalah harus, kadangkala boleh bertukar hukumnya kepada tuntutan, samada wajib atau sunat, atau bertukar hukumnya kepada larangan, samada haram atau makruh.

Asal hukum makan adalah harus, tetapi sekiranya dengan tidak makan menyebabkan mudharat kepada tubuh, maka hukum harus itu bertukar menjadi wajib, yang memberi maksud, dengan tidak makan itu boleh memudharatkan tubuh, maka tidak makan hukumnya adalah haram.




Sekian

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


sila layari juga : http://prihatinsubang.blogspot.com/







[1] http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/muslimat-perlu-tuntut-hak-solat-jumaat.html
[2] Fiqh As-Sunnah : 1/328
[3] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 1/425. hadis no : 1062.
[4] Sunan Ad-Daruqutni : 2/3 : hadis no : 1
[5] Qalyubi wa ‘Umairah : 4/6.
[6] Majmu’ : 4/484.
[7] Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-fatawa wa Al-Ahkam : 1/627-628.
[8] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/45.
[9] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/87.
[10] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/88.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India